- untuk belajar jadi pelakon, kita cuba pakai baju yang sama, alat solek yang sama
- untuk menjadi penyanyi, microphone yang baik mungkin dikatakan menjadikan kita hebat
- menjadi pelukis yang baik, mungkin berus yang digunakan pakar dikatakan boleh menjadikan kita Picasso.
- Raket yang digunakan Lee Chong Wei menyebabkan smash rasa lebih laju dari biasa.
- Rasa komputer yang ada tidak cukup laju untuk memulakan Hello World pertama, kalau boleh perlukan 16 GB RAM baru boleh bermula taipan pertama.
Kita lupa bahawa, semasa awal mereka bermula, cermin buruk adalah prop mereka, mic karaoke menjadi santapan setiap hari, berus buruk diconteng berhari-hari, raket hadiah bapa yang dipukul tanpa jemu, dan Linus Torvalds menghadap PC buruk untuk compile kernel pertamanya.
Realiti akan datang menjengah apabila segala yang ditiru tidak menjadi seperti yang diharapkan dan realiti akan berkata "Usaha tangga kejayaan". Kita ada 2 pilihan, tukar ke ilmu baru atau langkah ke tangga ke 2.