Sudah 11 tahun berlalu,
Orang kata pengantin suam kuku,
Lihat kau tidur tidak jemu bagiku.
Kau keras bila lihat ku culas,
Kadang kala beri serangan balas,
Tapi itu lumrah bila dah sebelas,
Akanku baiki berhempas pulas.
Dulu tulang besi urat dawai,
Sekarang semua dah jadi longlai ,
Impi kau disisi bila hari selesai,
Lihat matahari terbenam di tepi pantai.
Askar bertiga teruskan misi,
Lagak semua tempias kami,
Kadang hijau jadi sang suami,
Tapi takde mereka sunyilah famili.
Itulah madah buat si isteri,
Biarlah yang lain jadi misteri,
Tulang rusuk bergetar diri,
Berkati kami wahai Ilahi.