Thursday, March 10, 2016

Telur berdiri ketika gerhana matahari ?

Kecoh di media sosial bahawa telur berdiri ketika gerhana matahari. Saya baru balik dan terlintas satu eksperimen bahawa telur boleh berdiri pada bila-bila masa. 

Terus ke dapur dan memilih beberapa biji telur dan cuba mengimbang telur dipermukaan rata. Dari 4 saya berjaya mengimbang 2 telur dengan mudah. Eksperimen mungkin berbeza pada setiap telur kerana bentuk telur mungkin berbeza. 

Tetapi yang pasti, tak perlu tunggu gerhana matahari untuk telur berdiri.