Sunday, June 05, 2016

Arca Inovasi


Dahulu masa muda-muda, tak pernah pulak ada sumbangan dekat buku sekolah. Dah tua-tua baharu dapat masuk sumbangan kita, dah la sekolah orang lain ðŸ˜…

Arca Inovasi
Kau kata itu besi,
Aku nampak visi,
Jambatan lintas lautan api,
Bukan hanya dalam mimpi.
Kau kata itu pena,
Lebih tajam dari pisau ku bina,
Bangun semangat satu dunia,
Tak perlu asah, itu kurnia.
Kau kata itu air,
Berlian tunduk bila mengalir,
Itu belum diempang alir,
Terangi negara gelap berakhir.
Jangan percaya air liur basi,
Semua kutuk ku inovasi,
Bangga bangsa bangun diri,
Jangan lupa doa Ilahi.
Langkah pertama itu pemula,
Dari impi ku bina arca,
Ciptaan dijulang atas dunia,
Itulah emas bagi semua.

Saturday, June 04, 2016

Juara

Kau memang hebat, itu kata keramat,
Jangan sesekali putus semangat,
Tuhan tak lupa semua keringat,
Usaha lagi sampai penamat.

 Tilik, kurik, jangan kau serik,
Semua perit itu penarik,
Bawa kau ke atas jadi penaik,
Kelak juara, itulah yang asyik.