Friday, October 30, 2015

Manhwa - Komik Korea

Semenjak 'muda' aku minat membaca komik Jepun seperti Dr Slump, Dragon Ball, One Piece, Bleah & Naruto atau lebih dikenali sebagai Manga.

Kebelakangan ini, kekurangan tajuk baru dari Manga yang sesuai dengan jiwa. Kebanyakan Manga baru adalah ditujukan untuk golongan remaja. Nampaknya Manga sudah ada lawan dari negara yang terkenal dengan K-POP mereka. Komik Korea atau dikenali sebagai Manhwa mempunyai berapa siri yang menarik dan komik-komik ini juga bewarna berbanding dengan komik Jepun.

Di bawah adalah siri yang saya rasa mempunyai plot yang lebih luas dari fokus kepada kehidupan remaja.

The Gamer - http://mangafox.me/manga/the_gamer/

Ini adalah siri pertama Manhwa yang saya baca. Cuba bayangkan jika anda mempunyai kuasa seperti seorang Gamer. Sangat suka dengan lukisan dan plot cerita ini. 4.5/5


Tales of Demons & Gods - http://mangafox.me/manga/tales_of_demons_and_gods/

Siri baru bermula dalam 15 minggu, cerita mengenai seorang yang dapat mengulangi masa setelah dunia yang diduduki musnah dan berupaya untuk mengubah masa depan dunia dan diri. Plot yang menarik 4.5/5

edit : ini adalah Manhua (komik China )


Ability - http://mangafox.me/manga/ability/


Dunia Alien dan Manusia di mana hero manusia mempunyai kuasa seperti alien dan pulih diri (seperti wolverine). 


Noblesse - http://mangafox.me/manga/noblesse/


Dunia Vampire , Warewolf dan manusia, penuh dengan aksi pergaduhan, dengan hero-hero yang kacak (ala-ala k-pop). Ability & Noblesse adalah dari pengarang yang sama.

Jadi apa siri Manhwa kegemaran anda ?

Thursday, October 29, 2015

Masalah programmer

Dari : http://www.commitstrip.com/en/2015/10/27/one-of-the-coders-hardest-problems/


Dari commitstrip, aku akui ini adalah masalah sebenar programmer. Sehari ini aku cuma ada satu tugas, dan sampai sekarang tak pasti nak buat keputusan apa. Masalah dunia ni adalah masalah nak susun struktur array aku.


1.
$config['Hive']['acl'][] = 'admin';
$config['Hive']['acl'][] = 'user';

2.
$config['Hive']['acl'] = ['admin','user'];

3.
$config = ['Hive' => ['acl' =>
               ['admin','user']]];


Ni dah pukul 5, takde kata putus lagi, nak kena balik dah.