Sunday, August 23, 2015

Berhenti

Berhenti ! ku kata sendiri,
Penat berlari ku pusing kiri,
Melihat kau bak kulihat diri,
Tak perlu cermin, bayang selari.

Terbanglah wahai cilik,
Lihat dunia keluar bilik,
Jangan kau jadi penculik,
Tapi culik hati kau perlu tilik. 

Belok selok jangan seluk,
Biar perangai terus elok,
Alang menyeluk jangan tengok,
Kau ada aku untuk ketuk. 

No comments: