Sunday, August 16, 2015

Ulasan buku : Becoming Steve Jobs


Baru selesai mendengar buku audio , Becoming Steve Jobs. Berbanding dengan buku autobiografi rasmi Steve Jobs, buku ini lebih dekat dengan diri Steve Jobs. Seperti yang diketahui, Steve Jobs adalah seorang yang sangat mengawal imej dan jenama yang dipancarkan menyebabkan autobiografi beliau memancarkan brand Steve Jobs dan bukan Steve Jobs yang asli. 

Sebaliknya dengan buku ini, ia menunjukkan sisi yang kita tak ketahui ketika beliau di Next, Pixar juga saat kematian beliau. Menggambarkan situasi ketika ucapan commencement di Stanford adalah salah satu bab yang saya gemari. Juga bercerita bagaimana beliau bertukar dari Steve Jobs V1 kepada V2 setelah beliau disingkir dari Apple. Hubungan dengan Edwin Catmull (Pixar), dan Johny Ive (Hardware Designer, Apple) juga dikupas dengan baik.  

Bab kematian beliau amat menyentuh jiwa saya dan rasa lebih dekat dengan Steve jobs walau tidak mengenali beliau. 
Bermula dengan apa yang kita sudah tahu dan mengupas sedikit demi sedikit perkara yang kita tidak ketahui adalah keistimewaan buku ini. 

Saya sangat disarankan kepada sesiapa yang ingin mengenali Steve Jobs dan ada ( dan 16 jam untuk dihabiskan) yang tidak digambarkan oleh media dan autobiografi rasmi beliau.

Link ke audible : http://www.audible.com/pd/Bios-Memoirs/Becoming-Steve-Jobs-Audiobook/B00R8HJRZM

No comments: