Idea ini datang dengan melihat anak kecil saya Aaryan Fateh yang suka melihat video masakan di Youtube. Terfikir dihati "banyak betul video masak-masak guna Play doh ni, takde kerja ke budak-budak ni buat". Buatlah kajian di Google, terjumpa satu artikel rupanya ada ibu-bapa yang boleh jana duit 1 juta USD setahun ! http://www.dailymail.co.uk/femail/article-2997797/Parents-earn-1-million-year-making-YouTube-videos-children-playing-toys.html .
Kaching $$$ ! terus projek mata duitan terbayang di mata bapa dia :) . Setelah menyiapkan semua sehingga terbitnya video pertama (klik Play Kidz untuk lihat) , projek ini bukanlah mudah untuk sesiapa yang tidak biasa dengan konsep video dan juga aplikasi-aplikasi yang perlu didaftar dan difahami. Di sini saya kongsi sedikit sebanyak langkah-langkah kepada sesiapa yang berminat untuk memulakan projek yang serupa.
1. Memujuk anak-anak untuk bersetuju dengan projek
Ini adalah langkah penting untuk projek ini. Teknik pujukan dan pujian diperlukan oleh ibu bapa dan kalau anak-anak tidak bersetuju, terpaksalah mak bapak yang main masak-masak. Haha.
2. Daftar channel di Youtube
Anda boleh letak video anda di user gmail anda sendiri, tetapi branding adalah penting. Fikir satu nama dan buat nama channel tersebut. Langkah untuk buat channel boleh rujuk di manual Youtube https://support.google.com/youtube/answer/1646861?hl=en
3. Cover page & Channel icon
Cover page ini kerja yang susah sebab kerana syarat gambar yang diperlukan adalah 2560 x 1440 pixel. Saya menggunakan https://www.fotor.com/features/youtube.html untuk mereka gambar yang sesuai dengan format Youtube. Channel icon pula agak memeningkan, kerana ia dihubungkan dengan Google+ . Pendek kata, kemaskini Google+ profile icon, akan kemaskini Youtube icon
4. Mengambil video
Satu cabaran sebelum ini, biasanya kita perlukan perisian yang canggih seperti Adobe Premier untuk mengedit video. Dengan kecanggihan telefon pintar, banyak perisian boleh digunakan terus dari telefon pintar anda. Dalam tugas ini, saya menggunakan VivaVideo. Perisian ini sangat mudah untuk menggabung, memotong dan mengemaskini serta menambah transition di dalam video. Ia juga boleh dipasang di dalam telefon pintar Android dan juga iOS.
5. Muat naik video
Saya muat naik video menggunakan laptop, sebab saya tidak jumpa cara untuk terus upload ke channel Youtube yang baru dibuat. Aplikasi Youtube di telefon hanya menyokong ke default channel, iaitu username gmail anda sendiri.
Ada beberapa masalah semasa saya ingin "monitize" video yang dimuat naik
- Muzik yang disertakan dengan VivaVideo adalah hak milik mereka, dan tidak boleh digunakan untuk proses
- Perlu ada link ke Google Adsense untuk menerima duit dari pengiklanan yang dikongsi bersama Google.
Mujur saya sudah ada akaun Google Adsense, tetapi kepada sesiapa yang belum, boleh daftar di https://www.google.com/adsense
Saya selesaikan masalah muzik dengan menukarkan di aplikasi Youtube dengan muzik percuma dari pustaka Youtube. Selepas itu tiada masalah untuk saya "monitise" video-video yang dibuat.
Menukar lagu video kepada muzik percuma
Monetise video yang ada di dalam channel.
Untuk 2 hari ini, kami berjaya menerbitkan 3 video. 2 video masakan, dan 1 video permainan Lego. Walaupun belum menjadi jutawan, dapat mengajar anak bagaimana proses membina video adalah sangat berbaloi bagi saya.
Buat pembaca-pembaca blog ini, bolehlah langgan channel Play Kidz kami . Anda boleh lihat video tersebut di bawah.
Video pertama yang dibuat. How to make fruits salad.
Video kedua : Daily Routine menggunakan LEGO
Video ketiga: Memasak Ayam panggang berserta sayur dan kentang lecek.
Apa lagi semua, mari bersama saya menjadi jutawan baharu dunia internet.
1 comment:
All Things Habanero in Korean - kirill kondrashin
All things Habanero in Korean. habanero sauce in karill in karill, 우리카지노 karill kirill-kondrashin chamula, and more.
Post a Comment