Kesungguhan adalah musuh bakat. Orang yang berbakat akan merasakan dia berhak. Maka tiada kesungguhan ditunjukkan apabila kita merasakan diri kita berbakat. Kita mahu orang lain lihat, bakat yang ada dalam diri kita. Oleh kerana itu orang berbakat biasanya nampak tidak bersungguh. "Dia main-main pun boleh menang", "Kalau dia betul-betul, kamu takkan menang dengan dia" adalah ayat orang berbakat berharap akan dengar.
Setelah lama disuap dengan mentaliti ini, saya merasakan saya suka kesungguhan lebih dari bakat. Kesungguhan kawan dengan keghairahan, apabila dua-dua ini berjumpa anda akan lihat lebih dari bakat. Kesungguhan berjangkit tetapi bakat tidak.
No comments:
Post a Comment